KATA PEMERI,KATA PENGUAT, DAN KATA BANTU
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Saudara, pada hari ini saya ingin berkongsi kisah tentang suka duka saya semasa belajar. Peristiwa yang pernah saya lalui ini sangat bermakna dan boleh dijadikan iktibar. Saya lahir daripada keluarga yang miskin, bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pekerjaan ayah saya ialah nelayan. Walaupun tidak mampu menyediakan wang untuk saya membeli buku rujukan, ayah saya masih menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh. Kesusahan itu mengajar saya agar menjadi sangat cermat semasa berbelanja. Contohnya, jika hendak membeli sesuatu barang, saya amat mementingkan kualitinya. Langkah ini adalah penting agar saya tidak perlu mengeluarkan wang berulang kali untuk barang yang sama. Saya sedar bahawa saya harus mendapatkan wang untuk menyambung pelajaran. Oleh itu, setiap hari saya akan mengambil upah membuat kerja-kerja kampung. Akhirnya saya berjaya mengumpul wang sebanyak RM3000. Saya sungguh tidak menyangka bahawa simpanan saya menjadi sebanyak itu. Ternya usaha saya telah membuahkan hasil. Saya terlalu gembira kerana akan menyambung pelajaran ke Universiti. Kini, saya sudah berjaya. Saya baru sahaja membuka cawangan kedai makanan laut yang kedua. Saya berharap semoga perkongsian ini dapat memberikan semangat kepada para pendengar sekalain. KATA PEMERI Isi kata pemeri yang betul berdasarkan ayat. 1. Majalah Asuh ini ........... sumber bacaan untuk peringkat kanak-kanak ialah 2. Pak Cik Manaf ............orang yang pertama meneroka kawasan itu. ialah 3. Matlamat pilihanraya ......... untuk memilih pemimpin secara demokrasi. adalah 4. Bangunan A Famosa ........bangunan lama yang mempunyai sejarah di negeri Melaka. ialah 5. Pemeriksaan mengejut yang dijalankan di setiap kelas itu ..........untuk mengesan murid yang ponteng sekolah. adalah KATA BANTU Suaikan ayat dengan kata bantu yang betul. Semua guru .......murid-muridnya berjaya dengan cemerlang mahu Yazid ....... mengikuti perkhemahan itu jika mendapat keizinan bapanya. boleh Ismail dan keluarganya .........memasuki zoo negara untuk melihat burung unta. hendak Kita.......menghargai masa dengan mengumpul dan menyimpan koleksi setem. perlu Abang dan kawannya .......memancing ikan di laut. sedang