Pendidikan Jasmani Tahun 1 Sukan Rakyat
Assalamualaikum murid-murid. Cg harap kamu dalam keadaan sihat dan ceria.Baiklah, topik pada hari ini ialah Sukan Rakyat.Apa itu sukan rakyat? Sukan rakyat turut dikenali sebagai sukan tradisional.Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional selalunya dimainkan untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaanTerdapat pelbagai jenis sukan rakyat seperti chapteh (bulu ayam),terompah gergasi ( kaki lipan), tarik upih, ceper (tutup botol), getah atas para, galah panjang, gasing, batu seremban,lari dalam guni, congkak, golek tayar dan banyak lagi. Aktiviti 1Cari sukan rakyat yang tersembunyi dalam kotak di bawah. Klik pada huruf pertama dan huruf terakhir untuk menanda perkataan yang dijumpai. BATUSEREMBAN GALAHPANJANG KAKILIPAN TARIKUPIH KETINTING CONGKAK CHAPTEH GASING CEPER WAU Gambar di bawah menunjukkan permainan tarik upih pinang.Upih pinang adalah pelepah daun pokok pinang. Pelepah tua yang gugur, di bahagian hujung berbentuk seperti 'perahu'.Di bahagian itu boleh dijadikan tempat duduk untuk hingga tiga atau empat orang kanak-kanak jika duduk rapat-rapat.Bahagian ada daun yang berbentuk 'batang' pula sebagai tempat untuk menarik.Permainan tarik upih menarik apabila ada pertandingan. Ada yang jadi penarik dan yang lain pula jadi penumpang duduk di atas upih.Oleh itu, aktiviti tarik upih ini merupakan aktiviti berat kerana pemain iaitu penarik perlukan kekuatan tangan dan tenaga untuk menarik penumpang sehingga sampai ke garisan penamat. Gambar di bawah pula menunjukkan permainan golek tayar.Pemain akan menggolek tayar menggunakan pemegang untuk mendorong tayar ke garisan penamat.Boleh juga menggunakan rim basikal (dikenali sebagai permainan kelereng) Permainan kelereng ( rim basikal )Aktiviti permainan kelereng atau rim ini merupakan aktiviti yang ringan berbanding permainan golek tayar. Ini kerana saiz dan berat tayar memerlukan pemain untuk menggunakan daya yang lebih menolak. Terompah gergasi atau dikenali juga sebagai kaki lipan.Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Bilangan kumpulan hendaklah menyamai jumlah terompah yang ada.Pemain di hadapan hendaklah memberi isyarat kepada pemain di bahagian belakang supaya bergerak secara serentak bagi mengelak masalah seperti terjatuh dan sebagainya.Tangan setiap pemain memegang pemain di hadapan.Terompah gergasi ini merupakan aktiviti yang ringan kerana berat terompah di tanggung sama rata dengan pemain. Perjalanan juga menjadi lancar dan laju sekiranya kesemua pemain dapat bergerak dengan serentak. Jom kita lihat video dibawah.Lihat dengan teliti dan jawab soalan mudah. Berapakah permainan tradisional yang terdapat di dalam video? 11 9 10 Permainan tarik upih tiada di dalam video. Betul atau Salah? Betul Salah Permainan chapteh yang terdapat di dalam video turut dikenali sebagai sepak bulu ayam. Betul atau Salah? Betul Salah Padankan gambar dengan nama permainan yang betul. ketinting ceper batu seremban congkak tarik upih terompah gergasi lari dalam guni getah atas para Namakan permainan yang dimainkan dalam gambar di bawah.Nyatakan juga aktiviti permainan tersebut aktiviti ringan atau berat. nama permainan di atasaktiviti ringan atau berat di bawahContoh : Congkak Ringan Tarik Upih Pinang Terompah Gergasi Berat Ringan Golek Tayar Permainan Kelereng Berat Ringan Sekian sahaja aktiviti pembelajaran kita pada hari ini. Murid- murid boleh mencuba melakukan salah satu sukan rakyat di rumah dan bermain bersama ahli keluarga.Terima kasih.