KATA ADJEKTIF PERASAAN 感觉形容词
Sila rujuk video di bawah kemudian cuba fahami Kata Adjektif Perasaan yang telah kita pelajari semalam. Jenis-jenis Kata Adjektif Perasaan A) Padankan dengan jawapan yang sesuai. cemas 焦虑 bosan 无聊 rindu 想念 kecewa 失望 sedih 伤心 bangga 光荣 marah 生气 malu 害羞 risau 担心 gembira 开心 takut 害怕 benci 讨厌 B) Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. Pravin sangat rindu akan ibu dan bapanya yang berada di kampung.2. Ibu berasa risau akan abang Ming Jun yang masih belum pulang ke rumah walaupun waktu sudah lewat malam.3. Aidil menangis kerana dia berasa takut apabila tinggal di rumah seorang diri pada waktu malam.4. Nimala mengalirkan air mata kerana dia berasa sedih apabila mengetahui nenek kesayangannya telah meninggal dunia.5. Ibu bapa Mahani sangat bangga kerana anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan sekolah.6. Cikgu Zahirah berasa marah apabila melihat anak muridnya berlari-lari di dalam kelas.7. Ibu Denish berasa kecewa apabila anaknya tidak mendengar arahan dan nasihatnya.8. Anak-anak Encik Chong berasa gembira apabila diberitahu oleh bapa mereka bahawa keluarga mereka akan melancong ke Tanah Tinggi Cameron pada cuti akan datang.