TUGASAN CUTI SEKOLAH
Latihan 23 Mei 2021 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. berkelah mendengar menjerit melihat terkapai-kapai berenang memaut sedar LATIHAN 24 MEI 2021 melihat melihat menelefon melaporkan berusaha diselamatkan memberitahu LATIHAN 25 MEI 2021Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat (Murid-murid dikehendaki rujuk kertas yang telah diberikan) Aku sedang mengulangkaji di dalam bilik tidurku. Ketika itu sudah lewat malam.Tiba-tiba aku terdengar sesuatu bahan berkaca jatuh lalu pecah di luar rumah. Aku mula berasa curiga. Sifat ingin tahuku telah mendorong aku menjenguk kepala keluar dari jendela bilikku untuk mengetahui kejadian yang berlaku. Dalam kegelapan malam,aku ternampak suatu lembaga manusia memanjat ke rumah jiranku menggunakan tangga. Kemudian aku segera mengejutkan ibu dan ayah. Aku menceritakan apa yang berlau di rumah jiranku. Kebetulan jiranku memang tiada di rumah kerana pergi bercuti beberapa hari. Ayah segera menelefon untuk melaporkan kejadianitu kepada pihak polis. Setelah itu,pihak polis tiba tidak lama kemudian.Beberapa anggota polis mengepung rumah itu untuk memberkas kedua-dua penjenayah itu. Akhirnya dua orang yang memecah masuk ke dalam rumah jiranku itu tidak berpeluang melarikan diri. Kedua-dua pemuda tersebut diberkas oleh pihak polis. Tindakan pantasku dapat menumpaskan kedua-dua penejnayah itu. Tindakanku mendapat pujian daripada pihak polis. Aku berasa gembira. LATIHAN 26 MEI 2021Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.Murid-murid dikehendaki rujuk kertas yang telah diberikan. Aku berjalan kaki bersendirian pulang dari sekolah selepas kelas tambahan. Ketika itu, aku melihat seorang wanita mengunci pintu pagar sebelum berjalan. Aku juga melihat dua orang pemuda menunggang motosikal dalam keadaan yang mencurigakan. Tiba-tiba pembonceng motosikal itu meragut beg tangan wanita itu. Maka wanita itu terjatuh sambil terduduk meminta tolong. Sepantas kilat aku pun membaling beg sekolahku ke arah mereka. Balingan begku yang tepat menyebabkan kedua-duanya terjatuh dari motosikal. Beberapa orang pemuda yang berada di tempat kejadian segera mengejarke arah kedua-dua peragut itu, Mereka segera menangkap kedua-dua peragut yang terduduk di atas jalan raya. Setelah itu,kedua-dua peragut itu dibawa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Beg wanita itu dapat dikembalikan.Aku berasa gembira dapat membantu wanita itu. LATIHAN 27 MEI 2021Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.Murid-murid dikehendaki merujuk latihan cuti sekolah yang telah diberikan. Hujan lebat turun sudah dua hari berturut-turut. Air sungai sudah melimpah menyebabkan rumahku turut dilanda banjir. berlumpur. Abang dan ayah meletakkan semua barangan elektrik di tempat yang tinggi supaya tidak ditengelami air agar tidak rosak. Ibuku pula memasukkan segala dokumen penting dan sedikit pakaian kami ke dalam beg. Kami bersiap sedia untuk dipindahkan ke tempat pusat pemindahan mangsa banjir. Selepas itu, kami menunggu bot-bot penyelamat membawa kami meninggalkan tempat kediaman. Air bah semakin meninggi hingga ke paras bahaya. Di pusat pemindahan sementara mangsa banjir menerima bantuan dari segi pakaian, makanan dan ubat-ubatan. Aku dan kawan-kawan tidak bersekolah selama beberapa hari. Selepas lima hari, air banjir mulai surut, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa amat sedih melihat keadaan rumah yang berlumpur. Kami bergotong-royong membersihkan rumah. Aku berharap tragedi ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.