SINOPSIS NOVEL MENITI IMPIAN TINGKATAN 2 KELAS B. MELAYU CIKGU SUHAIDAH
ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG SESUAI Novel Meniti Impian berkisah tentang Zahar, iaitu pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi. Impiannya untuk melanjutkan pelajaran di ITM (Institut Teknologi Mara) selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) musnah apabila dia demam sewaktu peperiksaan tersebut berlangsung. Akibat kemiskinan, dia tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran di sekolah swasta kerana ibunya tidak mampu membiayai kos persekolahan yang tinggi selain dua orang adiknya yang masih bersekolah. Bapanya telah meninggal dunia, sementara ibunya hanya menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Perasaan tanggungjawab sebagai anak sulung telah memaksanya melupakan seketika impiannya untuk ke menara gading. Tindakan murninya itu telah disalahertikan oleh sahabat baiknya, Suhaili. Dia menganggap Zahar sebagai insan yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di sekolah mereka telah berjanii untuk ke ITM bersama-sama. Bagi meringankan beban ibunya, Zahar telah membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel perabot. Pak Yusuf dapat mengesan bakat, keazaman, dan kemahiran yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Dia sentiasa memberikan dorongan agar Zahar berjaya suatu hari nanti. Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia sangat berminat dalam kerja pertukangan perabot dan bercita-cita untuk menjadi seorang tukang perabot yang mahir. Oleh itu, dia telah membuat permohonan ke IKM (Institut Kemahiran Mara) untuk memenuhi impiannya itu. Pada waktu itu, sahabatnya Suhaili telah pun berada pada tahun akhir di ITM. Namun begitu, Zahar berasa tersinggung apabila Suhaili memandang rendah serta menghina keinginannya untuk belajar di IKM. Dia beranggapan bahawa IKM hanya akan melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat tidak mendapat sebarang pekerjaan. Zahar telah menyimpan azam untuk membuktikan bahawa lepasan daripada IKM juga mampu mencipta kejayaan pada masa depan, Kesedihan Zahar semakin terasa apabila menyaksikan Suhaili orang yang pernah menjadi buah hatinya telah mempunyai kekasih baharu yang lebih kacak dan bergaya. Kejadian itu membuatkan semangatnya terus membara untuk maju. Semasa di IKM, Zahar telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang. Di IKM itu juga dia telah berjumpa dengan rakan-rakan baharu yang juga mempunyai cita-cita sepertinya. Kesedihan hatinya sedikit terubat apabila bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus dalam jurusan Lukisan Seni Bina. Selepas enam bulan berkursus, Zahar dan rakan-rakannya telah diarahkan untuk mengikuti latihan praktikal di kilang. Zahar telah diterima menjalani latihan di Kilang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping. Secara kebetulan, Suhaili menjawat jawatan sebagai eksekutif di kilang tersebut. Suhaili berasa bersalah atas kata-katanya terhadap Zahar sewaktu ketika dahulu. Dia ingin membantu Zahar untuk bekerja di kilang tersebut tetapi Zahar dengan tegas menolak bantuannya itu. Zahar menyatakan bahawa dia mahu berdikari dan mencipta kejayaan hasil daripada titik peluhnya sendiri. Sampai masanya latihan praktikal Zahar pun tamat. Dia telah diberi pujian oleh pihak pengurusan kilang kerana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Selepas menamatkan kursusnya di IKM, Zahar telah kembali ke kampung. Dia merancang untuk membuka sebuah bengkel perabot di tanah milik ibunya. Rancangannya itu mendapat sokongan daripada ibu dan bapa saudaranya, Pak Yusuf. Dengan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM10 000, sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5000, serta wang yang diterima daripada kilang tempatnya membuat latihan praktikal itu, dia telah berjaya membuka sebuah bengkel perabot. Bengkelnya itu diberi nama Bengkel Perabot Meniti Impian. Akhirnya, impian Zahar tercapai dan dia berjaya membuktikan kepada Suhaili bahawa dengan belajar di IKM juga mampu untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabot miliknya menjadi semakin terkenal selepas tersiar dalam akhbar. TEKNIK PLOT NOVEL MENITI IMPIAN SUSUN TEKNIK PLOT BERSAMA CONTOHNYA YANG SESUAI DAN PADAN Pemerian. Dialog. Imbas kembali. Kejutan. Saspens. Monolog dalaman. Contohnya, pengarang telah memerihalkan keadaan Zahar yang sedang bersiap-siap untuk menghadiri program suai kenal pada hari pertama dia mendaftarkan diri di IKM. Contohnya, perbualan Zahar dengan Pak Yusuf. Contohnya, Zahar teringat pertemuannya dengan Suhaili di City Point, Alor Setar. Contohnya, Zahar menolak tawaran Suhaili yang mahu menolongnya mendapatkan pekerjaan tetap di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Contohnya, pembaca tertanya-tanya perkara yang akan dilakukan oleh Suhaili apabila mengetahui Zahar sedang menjalani latihan praktikal di kilang tempatnya bekerja. Contohnya, Zahar berkata dalam hatinya bahawa kata-kata Pak Yusuf itu benar tetapi Pak Yusuf tidak tahu betapa lukanya hati Zahar. WATAK PERWATAKAN Zahar(a) Anak sulung kepada Mak Kiah.(b) Mempunyai dua orang adik lelaki, iaitu Halim dan Zakri.(c) Ayahnya telah meninggal dunia.(d) Seorang yang gigih, rajin, penyayang, bertanggungjawab, setia, beradab, tidak mudah putus asa dan bercita-cita tinggiPak Yusuf(a) Bapa saudara Zahar, adik kepada emak Zahar, Mak Kiah.(b) Mempunyai isteri bernama Mak Temah dan dua orang anak yang masih menuntut di universiti.(c) Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot.(d) Seorang yang lemah lembut dan bertimbang rasa, prihatin, baik hati dan pemurah(e) Berumur dalam lingkungan 60-an dan masih kuat bekerja.Mak Kiah(a) Emak kepada Zahar dan sudah kematian suami serta mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar, Halim, dan Zakri.(b) Sudah tua dan sering sakit.(c) Mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang.(d) Seorang yang penyayang dan mementingkan pelajaran anak-anaknya.Mak Temah(a) Isteri kepada Pak Yusuf.(b) Badannya agak berisi serta beliau rajin memasak.(c) Patuh kepada suami dan sentiasa memberi dorongan kepada Zahar untuk berjaya.Suhaili(a) Bekas teman sekelas Zahar.(b) Anak kepada Pak Karim, Ketua Kampung Caruk Petitih.(c) Bekas pelajar di ITM dan pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya dan kemudian menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di Kamunting, Perak.(d) Merupakan seorang yang cantik, pendiam, tetapi mesra dengan orang yang mengenalinya.(e) Pernah menjadi buah hati Zahar dan seorang yang ego serta mementingkan pelajaran. Namun dia sedar akan kesalahannya.Norimi(a) Berasal dari Johor. (b) Sama-sama menyertai kursus di IKM bersama Zahar.(c) Seorang yang lemah lembut, cantik, dan menarik.(d) Mengambil jurusan seni bina di IKM.(e) Menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar.(f) Berbudi pekerti mulia dan seorang yang rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sewaktu di IKM NILAI UNTUK NOVEL MENITI IMPIAN CARI 10 NILAI YANG TERDAPAT DALAM KOTAK DIBAWAH INI JIMATCERMAT MENGHORMATI KESYUKURAN KESABARAN KERAJINAN KESETIAAN KETABAHAN KERJASAMA LATAR SUSUN MENGIKUT KESESUAIAN LATAR TEMPAT, MASA DAN MASYARAKAT LATAR TEMPAT LATAR MASA LATAR MASYARAKAT Kampung Caruk Petitih, Sik, Kedah. waktu siang Masyarakat kampung yang hidup miskin. Bengkel perabot Pak Yusuf. waktu malam Masyarakat yang menjalankan kegiatan perniagaan. Bengkel pertukangan perabot di IKM. hari selasa Masyarakat yang berdikari dan rajin berusaha. Bilik pejabat Suhaili. masa lampau Masyarakat yang mempunyai cita-cita untuk berjaya. Kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. enam bulan masyarakat yang ego PENGAJARANISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG SESUAI (a) Kita tidak seharusnya menghina orang yang lebih rendah daripada kita. Contohnya, Suhaili menghina Zahar sewaktu Zahar memberitahu Suhaili tentang niatnya untuk menyambung pelajaran di IKM.(b) Kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros berbelanja. Contohnya Zahar berjimat cermat menggunakan wang elaunnya.(c) Kita hendaklah setia dalam perhubungan. Contohnya, Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula.(d) Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contohnya, Zahar gigih berusaha untuk membuka bengkel perabot di kampungnya.