12.1 Koordinasi dan Gerak Balas
Istilah Bab Koordinasi dan Gerak Balas Suai padankan istilah dengan definisi. Koordinasi Proses pengesanan rangsangan oleh reseptor yang berakhir dengan gerak balas yang bersesuaian oleh efektor Rangsangan Perubahan dalam persekitaran yang dikesan oleh reseptor Reseptor Sel khusus yang terdapat pada organ deria untuk mengesan rangsangan dan mencetuskan imuls saraf Impuls saraf Gelombang elektrik yang lemah yang terhasil apabila reseptor mengesan rangsangan Pusat integrasi Otak menterjemah impuls saraf dan menghantar impuls saraf kepada efektor untuk menghasilkan gerak balas yang sesuai Efektor Otot dan kelenjar yang bergerak balas terhadap rangsangan Gerak balas Cara efektor dalam badan organisma bertindak balas selepas mengesan sesuatu rangsangan Lengkapkan laluan impuls saraf yang melibatkan komponen utama dalam mengesan dan bergerak balas terhadap persekitaran dalam. Pilih pernyataan yang betul berdasarkan maklumat yang diberi. Rangsangan Bunyi loceng pintu Reseptor mengesan rangsangan dan ubah kepada impuls saraf Neuron deria menghantar impuls saraf dari reseptor ke pusat integrasi Pusat integrasi menginterpretasi impuls dan mencetuskan gerak balas Neuron motor menghantar impuls saraf dari pusat integrasi ke efektor Efektor Otot pada tangan menghasilkan gerak balas (membuka pintu) Jenis-jenis reseptor Nyatakan jenis reseptor, organ deria dan rangsangan yang terlibat Reseptor deria Organ deria Rangsangan Kemoreseptor Lidah, Hidung Bahan kimia Fotoreseptor Mata Cahaya Termoreseptor Kulit Perubahan suhu Mekanoreseptor Kulit Sentuhan dan tekanan Baroreseptor Arka aorta dan arteri karotid Perubahan tekanan Nosiseptor Kulit Kesakitan Sistem saraf pusat Serebrum Mengawal tindakan terkawal, emosi, fungsi organ deria dan aktiviti mental Serebelum Mengawal keseimbangan badan dan mengkoordinasi pengecutan otot untuk pergerakan badan Hipotalamus Mengawal atur homeostasis seperti tekanan darah dan suhu badan Medula oblongata Mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung, pernafasan dan peristalsis Kelenjar pituitari Merembes hormon yang mengawal rembesan hormon oleh kelenjar endokrin yang lain Saraf tunjang Mengawal tindakan refleks, memproses beberapa jenis maklumat deria dan menghantar gerak balas melalui neuron motor Saraf tunjang Labelkan struktur saraf tunjang di bawah: