SEJARAH TAHUN 6 UNIT 9 Pemimpin Negara Yang Kusanjungi
1. Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan.2. Pilihan Raya tersebut adalah sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri.3. Pilihan Raya tersebut telah memberikan kemenangan kepada Parti Perkataan.4. Ia terdiri daripada United Malay Nation Organization (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Association (MIC).5. Perikatan ketiga-tiga parti tersebut telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.6. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.7. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Huraikan bidang tugas Perdana Menteri Malaysia. 1. Penasihat Yang di Pertuan Agong - Menjalankan tugas dalam hal ehwal pentadbiran negara.2. Pengiring Yang di Pertuan Agong - Mengiringi Yang di Pertuan Agong dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.3. Ketua Kabinet - Menjalankan pentadbiran negara bersama-sama menteri.4. Pengerusi Mesyuarat Kabinet - Mempengerusikan kabinet membincangkan dasar negara.5. Menjaga kebajikan rakyat - Meningkatkan taraf hidup masyarakat. Lengkapkan biodata ringkas Perdana Menteri Malaysia.*Isikan nama penuh Perdana Menteri*Contoh - Tempoh berkhidmat: 1970-1988 1. Perdana Menteri Malaysia PertamaNama: Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajTempoh berkhidmat: 1957-19702. Perdana Menteri Malaysia KeduaNama: Tun Abdul Razak bin Dato' HusseinTempoh berkhidmat: 1970-19763. Perdana Menteri Malaysia KetigaNama: Tun Hussein bin Dato' Onn Tempoh berkhidmat: 1976-19814. Perdana Menteri Malaysia KeempatNama: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Tempoh berkhidmat: 1981-20035. Perdana Menteri Malaysia KelimaNama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Tempoh berkhidmat: 2003-20096. Perdana Menteri Malaysia KeenamNama: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Tempoh berkhidmat: 2009-20187. Perdana Menteri Malaysia KetujuhNama: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Tempoh berkhidmat: 2018-2020 Nyatakan sumbangan Perdana Menteri berikut terhadap negara kita. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Pembentukan Malaysia (1963) Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Dasar Ekonomi Baru (DEB) Tun Hussein bin Dato' Onn Skim Amanah Saham Nasional (ASN) Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Dasar Bioteknologi Nasional Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak 1 Malaysia Pilih ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada seorang pemimpin. Amanah Rasuah Mesra Rakyat Pendendam Berpandangan jauh Berdaya saing Pecah amanah Berstrategi