Sejarah(WongWK)-Tg.4-Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948
Latihan Tg.4-Bab 5-(5.4) -- buku teks - m 136-137Isikan tempat kosong dengan perkataan sesuai agar melengkapkan maklumat yang berkaitan dengan "KESAN PenubuhanPersekutuan Tanah Melayu 1948" Antara kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM 1948) ialah (mengembalikan ) kuasa Raja-raja Melayu semula. Selain itu, diwujudkan ( Majlis Raja-Raja ) yang dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu. Malah, Pesuruhjaya Tinggi hendaklah memastikan bahawa ( raja ) perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Kesan lain ialah pembentukan PTM 1948 telah mengiktiraf ( kedudukan istimewa ) orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. Selain itu, penubuhan PTM 1948 membuka peluang kepada orang bukan Melayu menjadi ( warganegara ) . Selain itu, kesan penubuhan PTM 1948 ialah wujudnya ( kerjasama kaum ). PTM 1948 telah membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama kaum melalui penubuhan ( Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ) atau Communities Liasion Committee ( CLC ) . Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara ( pemimpin ) pelbagai kaum. PTM 1948 ( merintis ) pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan. Latihan Tg.4-Bab 5-(5.1) -- buku teks - m 126-131Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Latihan Tg.4-Bab 5-(5.1) -- buku teks - m 126-131Padankan PUTERA iaitu gabungan pertubuhan Melayu radikal dengan tokoh pemimpinnya. PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) Dr. Burhanuddin al-Helmi API (Angkatan Pemuda Insaf) Ahmad Boestamam GERAM (Gerakan Angkatan Muda) Abdul Samad Ismail BATAS (Barisan Tani Malaya) Musa Ahmad AWAS (Angkatan Wanita Sedar) Shamsiah Fakeh Hizbul Muslimin Abu Bakar al-Baqir Latihan Tg.4-Bab 5-(5.1) -- buku teks - m 130Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948(Perlembagaan Rakyat 1947) Jawatankuasa Kerja dibentuk pada 25 Julai 1946 untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Tetapi, terdapat golongan Melayu Radikal dan golongan bukan Melayu menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja tersebut.Mereka bergabung dalam bentuk PUTERA-AMCJA. Mereka mencadangkan "Perlembagaan Rakyat" sebagai alternatif. Pernyataan BETUL Tanah Melayu disatukan dengan Singapura Kewarganegaraan bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Warna "merah" dan "putih" dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu Pernyataan SALAH Penubuhan dua buah Dewan Perundangan Pusat bagi seluruh Tanah Melayu Kewarganegaraan diberikan dengan berdasarkan prinsip jus soli Hal ehwal agama agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi Kewarganegaraan Malaya dinamakan "Bumiputera" Hal ehwal luar negeri dan pertahanan menjadi tanggungjawab kerajaan Tanah Melayu sepenuhnya