SOLAT MERCU KEJAYAAN
Padankan jawapan yang betul : Maksud solat adalah doa Hukum solat adalah wajib Rukun qalbi melibatkan hati Rukun qauli melibatkan suara Rukun fe'li melibatkan perbuatan Perbuatan meninggalkan solat adalah dosa besar Maksud khusyuk adalah senyap, tunduk dan merendah diri Letakkan rukun solat di bawah mengikut kategori masing-masing : RUKUN QALBI Niat Tertib RUKUN FE'LI Berdiri bagi yang mampu Rukuk serta tamakninah Iktidal serta tamakninah Sujud serta tamakninah Duduk antara dua sujud serta tamakninah Duduk ketika membaca tahiyyat akhir RUKUN QAULI Takbiratul ihram Membaca al-Fatihah Membaca tahiyyat akhir Berselawat kepada nabi dalam tahiyyat akhir Memberi salam yang pertama Tentukan perkara sunat hai'ah dan perkara sunat ab'ad : PERKARA SUNAT HAI'AH (perkara sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu sujud sahwi) Membaca tahiyat awal Membaca doa qunut Selawat kepada Nabi Muhammad sesudah membaca doa qunut PERKARA SUNAT AB'AD (perkara sunat yang dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. jika ditinggalkan tidak membatalkan solat tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam) Membaca doa iftitah Membaca mana-mana surah Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai : Khusyuk merupakan kunci utama ibadah solat. Orang yang khusyuk di dalam solat akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Antara perkara yang menghalang khusyuk di dalam solat adalah seperti solat dalam keadaan tergesa-gesa. Seseorang itu juga mungkin banyak memikirkan perkara keduniaan dan ada juga yang banyak melakukan dosa. Jadi, antara cara-cara untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat adalah dengan merasakan seolah-olah Allah melihat kita dan menganggap solat yang ditunaikan itu sebagai solat yang terakhir. Selain itu, mata perlulah melihat tempat sujud dan seseorang itu juga perlulah tidak memikirkan hal-hal keduniaan. IBADAH SOLAT DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK SESEORANG MUSLIM Berikan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas. Jawapan anda hendaklah mengandungi :ISI (1 isi sahaja) + HURAIAN (kerana) + HURAIAN LENGKAP + KESIMPULAN