Solat ketika sakit
Rujuk video di atas sekiranya tidak dapat menjawab soalan di bawah. Tentukan perbezaan rukhsah solat ketika sakit dan ketika musafir Rukhsah ketika sakit Dilakukan mengikut keupayaan pesakit sama ada berbaring, duduk, menelentang, isyarat mata, isyarat hati. Dilakukan dalam keadaan sakit Rukhsah ketika musafir Boleh dilakukan secara jamak atau qasad atau kedua-duanya. Dilakukan semasa berada dalam musafir Padankan jawapan yang betul. Solat ketika sakit bermaksud solat yang dilaksanakan oleh pesakit yang tidak dapat menyempurnakan sebahagian rukun solat dengan sempurna. Contoh solat sambil duduk seperti duduk di atas kerusi atau duduk bersila Contoh solat sambil berbaring seperti baring mengiring atau menelentang Menutup separuh kelopak mata menunjukkan isyarat rukuk Memejamkan seluruh kelopak mata menunjukkan isyarat sujud Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. SOLAT SECARA DUDUK1. Badan menghadap kiblat.2. Rukuk dengan menundukkan sedikit kepala.3. Sujud dengan menundukkan badan lebih rendah berbanding rukuk.SOLAT SECARA BARING MENGIRING1. Mengiring di atas rusuk kanan.2. Muka dan dada menghadap kiblat.3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan menunjukkan isyarat kepala.4. Jika tidak mampu, gunakan isyarat mata.SOLAT SECARA MENELENTANG1. Pesakit menelentang dan kepala diangkat sedikit agar mukanya dapat menghadap kiblat.2. Jika tidak mampu rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala dan isyarat mata, lakukan solat dalam hati.