UNIT 5: LATIHAN 2
Pilih jawapan yang betul. 1. Yamtuan Antahmerupakan anak kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan.2. Dato' Bahaman juga dikenali sebagai Orang Kaya Semantan.3. Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk.4. Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung Kapayan Lama, Tambunan.5. Pada tahun 1876, Yamtuan Antah telah berunding dengan British untuk menamatkan persengketaan. Hasilnya, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.6. Pada tahun 1895, Dato' Bahaman berundur ke Kelantan setelah British menawan semula Jeram Ampai. Kelaskan sebab-sebab penentangan yang diberi mengikut tokoh yang betul. Tekan pada pernyataan tersebut kemudian pilih nama tokoh yang betul bagi pernyataan tersebut. Yamtuan Antah Menentang British kerana mencampuri urusan pentadbiran di Sungai Ujong Tidak bersetuju dengan tindakan British yang menyokong Dato' Kelana Dato' Bahaman Kehilangan hak memungut cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar Menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang merupakan kawasan pengaruhnya. Mat Salleh Menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya. SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baharu yang membebankan rakyat. Apa yang kamu suka tentang pembelajaran pada hari ini? (Tuliskan nama kamu)