KEMAHIRAN 1.5.1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Secara lisan, kemukakan soalan bertumpu yang bersesuaian dengan maklumat di bawah. Bina soalan berdasarkan baris yang ditebalkan sahaja. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Azizulhasni Awangseorang atlet sukan berbasikal. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi sekolah ini kerana sudi menjemput saya bagi menyampaikan ucapan khasnya yang berkaitan dengan pembabitan saya dalam dunia perlumbaan basikal. Saya mula berkecimpung dalam sukan ini ketika saya masih menuntut di sekolah menengah. Pada masa itu saya telah mewakili sekolah dalam kejohanan berbasikal peringkat daerah. Tanpa disangka-sangka saya menjadi johan pada peringkat tersebut dan berpeluang untuk menunjukkan bakat saya ke tahap yang lebih tingg. Kejayaan tersebut telah membuka jalan untuk saya terpilih ke sekolah sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang ketika itu mencari bakat-bakat baru dalam sukan lumba basikal ini. Saya mewakili Negara sudah hampir 10 tahun termasuklah ketika Asian School Games yang pada masa itu saya masih di bangku sekolah menengah. Kejayaan paling manis adalah apabila saya menang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016. Banyak lagi kenangan manis selama saya menceburi bidang sukan lumba basikal ini. Setiap kali saya beraksi pada peringkat akhir ketika itu sudah menjadi kenangan manis bagi saya kerana berjaya menempatkan diri saya antara enam yang terbaik dalam sukan ini. Pada kesempatan ini saya ingin menasihati adik-adik yang ingin menyertai perlumbaan basikal atau mana-mana sukan supaya mendapatkan bimbingan jurulatih bertauliah. Percayalah jika kita sentiasa berdisiplin dan patuh pada arahan jurulatih kita pasti berjaya. Selain itu, lengkapkanlah dada kita dengan ilmu agar pencapaian kita dalam akademik dan sukan seimbang. Akhir kata saya berharap lebih banyak generasi muda yang menjadi ahli sukan untuk mengharumkan nama negara. BINA SOALAN 1 BERDASARKAN PERKATAAN DI BAWAHSayaAzizulhasni Awangseorang atlet sukan berbasikal. RAKAM SUARA ANDA MENGGUNAKAN BUTTON VOICE BINA SOALAN 2 BERDASARKAN AYAT DI BAWAHSaya mula berkecimpung dalam sukan ini ketika saya masih menuntut di sekolah menengah. RAKAM SUARA ANDA MENGGUNAKAN BUTTON VOICE BINA SOALAN 3 BERDASARKAN PERNYATAAN DI BAWAHKejayaan paling manis adalah apabila saya menang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016. Banyak lagi kenangan manis selama saya menceburi bidang sukan lumba basikal ini. Setiap kali saya beraksi pada peringkat akhir ketika itu sudah menjadi kenangan manis bagi saya kerana berjaya menempatkan diri saya antara enam yang terbaik dalam sukan ini. RAKAM SUARA ANDA MENGGUNAKAN BUTTON VOICE BINA SOALAN 4 BERDASARKAN PERNYATAAN DI BAWAHmendapatkan bimbingan jurulatih bertauliah. Percayalah jika kita sentiasa berdisiplin dan patuh pada arahan jurulatih kita pasti berjaya. Selain itu, lengkapkanlah dada kita dengan ilmu agar pencapaian kita dalam akademik dan sukan seimbang. Akhir kata saya berharap lebih banyak generasi muda yang menjadi ahli sukan untuk mengharumkan nama negara. RAKAM SUARA ANDA MENGGUNAKAN BUTTON VOICE