Menulis Imlak Catatan Diari Faris
Sila dengar dengan teliti imlak "Catatan Diari Faris". Isi tempat kosong dengan ayat yang betul. 7 Julai 2021 Ahad Hari ini, saya terdengar satu berita yang menyedihkan melalui radio. Seorang jururawat yang menjangkiti virus Covid-19 semasa bertugas di hospital telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Tahun ini merupakan tahun kedua Malaysia memerangi pandemik Covid-19. Bagi memutuskan rantaian jangkitan, pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara. Sejak itu, semua sekolah dan kedai ditutup. Kami dikehendaki untuk berada di dalam rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, terdapat sekumpulan orang yang tetap bertugas di tempat kerjanya untuk melindungi dan berkhidmat bagi masyarakat. Mereka ialah petugas barisan hadapan negara kita, iaitu doktor, jururawat, polis, askar dan bomba. Disebabkan kegigihan mereka, kita dapat menikmati keamanan yang sementara pada waktu ini. Jasa mereka seharusnya dikenang oleh masyarakat kita.