T2 : P10 : Mencari Yang Halal
Padankan dengan betul maksud bagi setiap perkataan berikut : HALAL Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak HARAM Sesuatu yang dilarang oleh syarak SYUBHAH Sesuatu yang tidak diyakini halal Susun ciri-ciri hati yang bersih dan ciri-ciri hati yang rosak dengan tepat : HATI YANG BERSIH Patuh perintah Allah Sabar dan tenang Berusaha memahami kebenaran HATI YANG ROSAK Ingkar perintah Allah Keluh kesah Sentiasa tertarik dengan keduniaan Berikut merupakan hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah kecuali Menjaga kesucian agama Menjaga keturunan daripada kerosakan Memelihara harta dari sumber yang haram Memastikan badan mudah mendapat penyakit Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai : Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati. Jadi, sebagai umat Islam kita hendaklah mencari yang halal kerana itu tanda kepatuhan kepada Allah. Jauhilah yang haram kerana ia mendatangkan kemurkaan Allah serta hindarilah yang syubhah kerana ia membawa kepada perbuatan dosa. Jelaskan peranan hati dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda bagaimana untuk mengenal pasti makanan tersebut adalah halal. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul mengenai maksud halal, haram dan syubhah. 1. Halal bermaksud sesuatu yang dibenarkan oleh syarak mengambil dan melakukannya berdasarkan dalil al-Quran, hadith,ijmak ulama dan qias.2. Contohnya makanan yang halal ialah semua makanan yang terdiri daripada tumbuhan seperti beras, gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diperoleh secara sah.3. Haram pula bermaksud sesuatu yang dilarang oleh syarak secara tegas berdasarkan dalil al-Quran, hadith,ijmak ulama dan qias.4. Contohnya makanan yang haram ialah seperti khinzir, anjing dan semua binatangyang tidak disembelih secara sah yang mematuhi hukum syarak.5. Syubhah ialah sesuatu yang tidak diyakini kehalalannya kerana mengandungi unsur-unsur yang diharamkan tetapi tidak jelas.6. Contoh makanan syubhah seperti makanan yang tidak mempunyai logo halal dan makanan yang dimasak oleh orang Islam di premis orang bukan Islam. ISIKAN NAMA DAN KELAS ANDA. NAMA KELAS