LENGKAPKAN KARANGAN
Boost writing skills with our Hari Raya essay worksheet!
Wah, Meriahnya!Lengkapkan karangan di bawah dengan frasa yang sesuai. Pada hari minggu yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Bukit Indah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan itu diadakan di sebuah dewan. Pengunjung yang datang memakai pakaian mengikut kebudayaan Malaysia. Kaum lelaki memakai baju melayu, samfu dan doti. Kaum perempuan pula memakai baju kurung, ceongsam dan sari. Kanak-kanak pula memperagakan pakaian mereka di atas pentas. Pengunjung bertepuk tangan apabila melihat gelagat mereka. Banyak makanan dibawa oleh penduduk taman. Mereka dapat makan lemang, kuih bakul, muruku dan lain-lain. Penduduk taman itu sangat gembira. Pengalaman BerilmuLengkapkan karangan berdasarkan frasa yang sesuai. Pada malam Ahad yang lalu, Hanisah dan keluarganya berpakaian cantik. Mereka hendak pergi ke Istana Budaya. Letaknya Istana Budaya di Kuala Lumpur. Mereka hendak menonton persembahan boria di sana. Boria ialah kesenian tradisional yang amat popular di Pulau Pinang. Pertunjukkan dimulakan dengan persembahan sketsa. Selepas itu, nyanyian boria dipersembahkan. Semua penonton terhibur dan berasa seronok. Mereka menonton sambil bertepuk tangan. Selepas persembahan tamat, Hanisah dan keluarganya pulang ke rumah. Hanisah berasa bangga akan kesenian yang terdapat di Malaysia.