Kata Berimbuhan

Kata Berimbuhan worksheet preview image
Subjects
Arts
Grades
4
Language
ITA
Assignments
24 classrooms used this worksheet

Isi tempat kosong dengan kata berimbuhan yang sesuai.pilihan golongan serangan akhiri coretan hiasan ukiran sampaikan tempatan bahagian jahitan hindari tujuan Ke hadapan sahabatku Min Lee, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang seni ukiran Klirieng di negeri Sarawak.Masyarakat tempatan perlu mengetahui seni ukiran tangan ini demi memelihara kesenian tersebut. Klirieng ialah tiang kayu yang digunakan oleh suku kaum di Sarawak. Klirieng biasanya didirikan di kawasan kediaman golongan berada sahaja. Kayu yang menjadi pilihan ialah batang kayu pokok belian yang tidak mudah reput akibat pengaruh cuaca dan serangan serangga perosak. Batang pokok belian ditebang dan diukir dari atas ke bawah dengan motif-motif ukiran yang mempunyai makna yang tertentu. Batu besar berbentuk sfera dan leper diletakkan di bahagian atas klirieng untuk menstabilkannya. Terdapat klirieng yang mencecah ketinggian sehingga 10 meter. Fungsi klirieng berubah mengikut peredaran zaman. Keindahan ukiran klirieng telah dijadikan mercu budaya Sarawak. Keunikan tersebut dapat dijadikan produk hiasan dan landskap. Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini. Sampaikan salam saya untuk keluarga kamu di sana. Saya akhiri surat saya dengan ucapan terima kasih.

Use This Worksheet