Padankan ayat dengan ayat yang sesuai

Padankan ayat dengan ayat yang sesuai worksheet preview image
Language
SPA
Assignments
24 classrooms used this worksheet

Guru-guru Sihat-sihat Cara menanam sayur sawi Berdasarkan klip video Upin Ipin berkebun, padankan pernyataan yang sesuai berkaitan perkebunan. Proses penyediaan batas Penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman. Penggunaan pot tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad. Semaian Biji Benih Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur mengikut baris yang lurus. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam. Setelah batas telah siap disediakan, tabur benih yang telah dicampur bersama pasir. Penjarakkan atau Penjarangan Sawi Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun pada hari ke 10 hingga hari ke 14, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain. Pembajaan Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman. Kawalan Penyakit Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat. Penuaian Sayur sawi boleh dituai dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibairkan sehingga menjadi kompos. Tanaman lain boleh ditanam di kawasan tersebut seperti bayam, kangkung atau jenis sayur yang lain. Penukaran jenis tanaman pada kawasan yang sama adalah amat digalakkan bagi memelihara nutrien di dalam tanah.

Use This Worksheet