Makan Secara Sihat
Baca dan fahami risalah di bawah ini. Lengkapkan dialog dengan maklumat yang betul.MAKAN SECARA SIHATAnda dapat mengurangkan lemak dan kolesterol dalam makanan dengan:-memilih daging yang tidak berlemak-mengikis semua lemak yang nyata dan buangkan kulit ayam.-menggantikan hidangan daging dengan sumber protein lain seperti tauhu, kekacang, kacang pis, dan kacang dal.-menggunakan keju kurang lemak dan susu tanpa lemak. Cikgu Siti: Madihah, apakah perkara yang dibincangkan dalam risalah tersebut?Madihah: Risalah ini tentang cara-cara mengurangkan lemak dan kolesterol dalam makanan.Cikgu Siti: Suriani, bagaimanakah cara untuk mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol dalam makanan?Suriani: Kita hendaklah memilih daging yang tidak berlemak dan kulit ayam hendaklah dibuang.Cikgu Siti: Alif, terangkan cara lain pula.Alif: Kita boleh menggantikan hidangan daging dengan sumber protein yang lain, seperti tauhu dan kekacang. Selain itu, kita hendaklah mengambil keju kurang lemak dan susu tanpa lemak.Cikgu Siti: Bagus, murid-murid.PILIHAN JAWAPAN:-keju kurang lemak-mengurangkan lemak dan kolesterol dalam makanan-tauhu dan kekacang-kulit ayam-sumber protein yang lain-daging yang tidak berlemak