MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU KERTAS PENULISAN TAHUN 5 DEDIKASI
Tulis nama anda pada ruangan yang disediakan. NAMA : _ Gambar di atas menunjukkan amalan yang perlu dilakukan semasa menghadapi jerebu.Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. BAHAGIAN B(15 markah)Gambar di atas menunjukkan tentang cara-cara menjaga kebersihan gigi. Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga kebersihan gigi.Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Gambar tersebut menunjukkan tentang cara-cara menjaga kebersihan gigi. Terdapat pelbagai cara menjaga kebersihan gigi. Antaranya ialah kita perlulah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi fluorida supaya gigi kita menjadi bersih dan putih. Selain itu, kita mestilah makan makanan yang berkhasiat agar gigi kita tidak mudah rosak. Seterusnya, kita haruslah berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengelakkan gigi kita daripada penyakit seperti karies gigi. Akhir sekali, kita hendaklah menggunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada gigi kita. Kesimpulannya, kita sewajarnya menjaga gigi kita dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat. Bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubati." BAHAGIAN C(25 markah)Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.SoalanSempena Minggu Bahasa, kamu ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk "Cara-cara Menjadi Murid Yang Cemerlang". Tuliskan pidato kamu selengkapnya. Yang saya hormati tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah 'Cara-cara menjadi murid yang cemerlang'.Hadirin yang saya hormati,Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topik itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita. Hadirin yang saya kasihi,Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan memberi penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.Sekian, terima kasih.